Monday, August 25, 2014

Last minute shopping


Al-kisah nak raya hari tu. Hair dryer aku rosak. Ada lipas durjana p masuk dalam motor dia. Aku g on, hangit la bau lipas bakar! Ciss. Maka tamatlah riwayat hair dryer yang dah bertahun tu. Last day kerja sebelum bercuti panjang selama 2 minggu, Jumaat 25 Ogos tu aku bergegas ke KLCC. Nampak tak betapa aku gigih menapak ke KLCC semata-mata nak beli hair dryer? Kalau ikut aku, jangan harap la nak lintas Jalan Pinang yang busy memanjang tu nak ke KLCC. Kecuali kalau ada urusan rasmi, baru aku rajin nak g.

Tempat yang dituju adalah Best Denki. Aku dah google siap-siap electrical shop ape yang ada. Model hair dryer dan yang penting, harga. Aku bukannya pakai hari-hari pun. Takdanya nak beli yang canggih-canggih. Yang boleh keringkan rambut cukup. So belek-belek aku decide nak yang dalam range RM100 ke bawah. Ada satu aku dapat dengan harga RM61.90. Panasonic EHND21.


Dah namanya pompuan kan. List ad satu je, tapi nanti balik mesti lagi banyak barang! Aku tertengok pulak hair curler. Wahh, meriah ko noks nak rambut curl-curl time raya. Yang aku nak, takda pulak stock. So aku tanya la mana lagi ada jual. Bulan-bulan puasa, tak kuasa aku nak mengukur kedai. Tambah lagi lunch break aku sejam je. Akak cashier tu  bagitau kat Watson’s ada. Tau tak betapa jauhnya Best Denki tu dengan Watson’s? Its from one end to the other!

Sampai Watson’s aku takda nak melilau-lilau dah. Straight p cari hair curler. Pun dapat jugak. Harga RM69, Phillips HP860. Ada pulak promo purchase with purchase. Sape beli barang harga RM20 ke atasa, boleh beli 3 barang promo at discounted price. Aku tambah lagi beli massage pillow. Kata nak travel 6 jam balik kampong, kena la selesa. Yang ni harga RM55.90, dapat 50% off, jadi RM27.95. Tambah satu lagi barang, Clinelle Thermal Spring Water. RM38.90, 50% off jadi RM19.45. So total damage sebelum hari raya adalah RM116.40 di Watson’s.



Barang yang aku beli ni semuanya berguna. Time on the way balik, lena betul tido dalam keta. Nasib la Ken yang kena drive. Tahun-tahun sudah aku yang drive balik. Dia p hentam tido ngan adik-adik. Sampai aku demam-demam time raya sebab penat sangat. Tahun ni Ken pulak yang demam. Mana tak demam, melantak durian tak ingat dunia!

Yang Thermal Spring Water tu best. First time pakai masa pagi raya. Aku spray-spray sikit kat muka. Tak tau pulak kata panas. Dah kata Thermal, mesti la panas. Muka rasa segar je. La ni dah nak abes da sebotol aku guna. Ingat nak repeat la pakai sekali ko, mahai nak mampus. Memang tak la aku beli. Aku tukar beli Bio-Essence Miracle Water. Pack of 3, RM 48.90. Ada review dari blogger ShakinaFarhan cakap ok. So aku pon nak jugak try. Cepat terpengaruh ni! Hahahaha... Nanti kalau dah pakai, aku review eh?

So, ni la cerita ke-damage-an aku time before raya. Damage-damage lain adalah standard damage masa time raya. Duit raya, cost balik kampong, belanja kat kampong semua tu lah. Tahun ni baju raya, aku jahit sendiri, so dah jimat dah.. Kuih raya pun takda beli ape. 2 minggu kat kampong syiok wehh.


No comments: