Monday, October 31, 2016

Serabut v1

Kadang hati kita mudah terusik. Dengan perkara-perkara yang belum tentu sahih. Pilihan antara diamkan diri atau bertanyakan kebenaran. Tak tanya, fikir macam-macam. Mulalah andaian-andaian yang ntah ape-ape keluar. Kalau tanya, kang jadi gaduh?  Haaa..sape nak jawab? Penatlah macam ni... Tapi yang nak ditanya, benda yang dah lepas. Jangan nak serabut sangat boleh tak? Tapayah fikir macam-macam boleh? Benda dah lepas pun... Baik fikir masa akan datang. Kan lagi bagus? Jangan nak jadi hakim sangat, kalau diri sendiri belum lurus...

Tuesday, October 25, 2016

[Edited and republish] : Distance

Distance merely means distance. Its approaching the real distance. Should I giving up on this nearly 8 years relationship or just pretend there's nothing happened? Hurt and it make my eyes teary. But we cant force love to come. Its a mutual feelings, respect to each other. Which I barely feels now. There is someone else in the picture, my heart say so. Someone who dear to his heart and its not me. Why cant we discuss this as an adult. Reality bites and not always nice. Be strong!
[21/12/2014]

Edited

Guess I've published that years back. Sometimes you gotta follow your gut. Exactly a year after, it happened. We separated. Even though it's not a mutual agreement from the start, I'm all ok now. I'm glad that we separated now. Not after we got married and have kid(s). Oh, how can I be so strong and hang on to that rocking relationship before? So, this is the closure to that long time relationship. I learnt a lot from it. Thanks

Wednesday, August 17, 2016

The unexpected visit_ 15/08/2016

So, sepatutnya appointment Dr. Chee bulan Oktober. Lagi 2 bulan. But then, I’ve been losing weight quite a lot for the past weeks. 3 kgs in 2 weeks’ time. That’s a lot for me as I never hit the jackpot of losing that much weight in that time frame. Dr. Chee siap komen lagi, makin runcing muka. Kahkahkah..lawak la Dr. nih. In terms of my illness, takda apa yang nak dibimbangkan. Everything looks fine. Test jalan pun ok. Past history pun ok. So, takda yang abnormal. But then, Dr. Chee asked me to go for MRI soon. Just in case. He prescribe me with Stugeron just in case I need it. Then, I asked for Penadine as well. As a backup. The girls helped me with the MRI appointment. After some consideration, I’ll go for MRI next Wednesday at 10am and review is on Friday, 11am.

Sekarang nih, berdebarlah nak tunggu Rabu. Nak scan.

Doa banyak-banyak takda apa-apa. Otak, please be nice. Jangan nak macam-macam kat dalam tu eh?

Sunday, January 03, 2016

Throwback: Demam denggi

Dah akhir-akhir tahun, orang ramai habiskan cuti tahunan. Acik takda plan nak amek cuti akhir tahun. InsyaAllah tahun depan, March acik nak pergi Umrah dengan Ibu, Abah & Jiha. Mostly orang amek cuti dari 21 Dec, Isnin. Khamis & Jumaat, 24 & 25hb tu memang Public Holiday. Acik sepatutnya kerja dari Isnin sampai Jumaat tu.

Sabtu, 19 Dec
Acik keluar dengan Fattah, jumpa dekat IOI City Mall. Fattah dah tak duduk DPP. Dia dah pindah Seremban. Kebetulan dia ada dekat area Putrajaya, we planned for a dinner. Yang lain, not available. Fattah bukak Xmas present dia. GoPro 4. Had dinner at Johnny's. Balik da lewat. Sekali tu demam. Menggigil-gigil. Temperature memang tinggi la, 39-40. Memang tak turun. Makan ubat. Payah sangat nak lelap. Malam tu start merengek dah. Kesian Jiha kena layan acik, hahahaha.

Ahad, 20 Dec
Pagi ada tuition dengan Musa. Ok la, temperature dah turun. Boleh p tuition. Tengah tuition, dah rasa tak sedap badan. Temperature naik balik. Rasa tak larat sangat. Acik cakap dengan Kak Fida nak balik. Ye lah, dia ada baby kecik. Kesian kalau baby jangkit demam. Acik terus balik. Takda tunggu-tunggu dah. Takut tak larat nak drive je sat lagi. Benti beli air kelapa kat Dengkil. RM4 sebiji. Beli sebiji je. Acik dah la tak minum air kelapa. Takpe lah, kita minum sikit-sikit. Nak baik demam kan?

Sampai rumah, acik makan ubat. Selimut semua. Dapat lelap sekejap. Petang tu acik ada event, Under Armour Skywarrior Challenge. Event start at 3pm. 230pm dah kena gerak. Bukan tau pun jalan nak p Skyrides tu. So, gigih la acik drive and join the event. Balik, demam semula. Temperature memang tinggi. Kak Meme balik dia tanya nak g hospital tak. Acik cakap ok. Masa tu memang dah lepek dah. So, tengah malam tu acik pergi Hosiptal Putrajaya. Klinik Mediviron tutup.

Kena amek darah. Dr. cakap viral fever. Just bagi paracetamol and ubat gatal sebab ada naik merah-merah ruam kat badan. Acik dah message Graham(boss) cakap nak work from home Isnin sebab acik demam, high fever.  Dia cakap, takpe, tak payah kerja kalau tak sihat. Dia akan coverkan Support. Thank you, Graham!

Selasa, 22 Dec
Ibu datang KL. Nak p hantar adik ngan abang balik Kedah. Demam masih on off.

Rabu, 23 Dec
Ruam kat tangan start naik. Whatsapp dekat group tanya. Diorang cakap better p klinik balik. Dyba pun cakap dia dulu denggi pun ada ruam-ruam macam tu and started with viral fever. Ibu dah selamat ke Kedah. So, acik pun start enjin Milah, p Klinik Kesihatan P14. Tapi depa takda makmal. Klinik Kesihatan P9 ada makmal. Depa suh acik p sana. Dr. check cakap bukan denggi.

Khamis, 24 Dec
Ruam-ruam tu mengganas. Tak boleh tido. Acik nak p klinik/hospital balik nak mintak ubat yang boleh redakan gatal-gatal tu. Pukul 1am, sampai Hospital Putrajaya. Jumpa Dr., amek darah. Ya rabbi...sakit yang amat dia cucuk. Amek darah duduk. tangan tegak. Takda ampu ape-ape. Haihs, lepas ni kalau sape-sape nak amek darah, dia suruh duduk je, takda ampu ape-ape, jangan percaya. Tangan mesti flat. Kalau tak, merasalah.. Result darah keluar dalam 2am. Positif denggi. Platlet dekat border, demam pun dah takda. Tak admit. Dr. bagi kad suruh monitor darah dekat klinik kesihatan. Kena isi borang denggi. Normal procedure acik rasa. Record untuk depa buat fogging, etc kot. Balik tu tak boleh tido sampai ke pagi. Asal nak lelap je, gatal dia menjadi-jadi. Subuh kot baru lelap.
 
ruam kat tangan

 
kaki bengkak macam orang pregnant 8 bulan

tapak tangan yang gatal nya...

tangan bengkak
record card 


Hari ni work from home. Ingatkan gagah la nak kerja. Sempat pickup satu tiket, pastu kong sampai petang. Masa ni selera makan memang takda. Lagi sedih sebab duduk sorang-sorang. Mostly orang on vacation sebab cuti panjang kan?Makan ape ada je kat rumah. Tak sempat la nak reka makan macam-macam.



Jumaat, 25 Dec
Pagi pergi Klinik Kesihatan P9 nak amek darah. Klinik lengang sebab Public Holiday kan. 2 kali nurse cucuk nak amek darah. Yang first tak keluar. Second time keluar tapi sakit sangat! Sampai hari ni lebam. Result, platlet dah naik jadi 205. Dr. cakap bukan denggi. Pulak. Malam tadi cakap denggi. Ni cakap tak denggi. Ape-ape jelah. Tak payah amek darah da. Sakit kot depa buat. 

Balik singgah Mediviron P15. Jumpa Dr. Ezra. Dia check cakap kat dalam mulut pun da keluar. Memang kalau infected by viruses, akan ada satu tahap keluar ruam. Tak kira la virus ape. So, dia suruh minum air kelapa bagi virus tu keluar semua. Dia cakap kena sabar banyak. Duduk dalam aircond, jangan peluh. Kalau tak lagi gatal. Dr. Ezra bagi calamine lotion. Balik tu mandi, bukak aircond, sapu calamine lotion tu satu badan. Abes sebotol kecik. Dah la dapat sebotol je. Kalau nak lagi, kena p klinik lagi. Larat la pulak acik nak drive banyak-banyak kali.

Call Boy mintak dia tolong belikan air kelapa. Petang tu dia datang hantar. Sedap betul air kelapa made in Puchong ni. Paling sedap sepanjang sakit. Makin minum air kelapa, makin gatal ruam tu. Tak tahan!!!

Malam, call ambulans, g KPJ Kajang. Drama kan? Siap call ambulans. Rasa macam kalau nak admit pun,acik relakan. Siap bawak bantal semua, just in case kena warded. Naik ambulans bunyi neno..neno.. hahah..merasa la kan? Tunggu lama jugak Dr. nak check. Dr. buat blood test lagi sekali. Nurse yang cucuk tu dia tonyoh-tonyoh kulit nak masuk kan branula tu. Sakit kot. Dia cakap darah agak pekat, kurang air. Siap picit-picit nak keluarkan darah. Sebab tak tahan sangat, acik suruh nurse cabut branula tu. Tengah sedap lelap, Dr. panggil. Result memang positif denggi. Sebab tu makan piriton tak jalan, tak ngantuk, tak hilang rasa gatal. Just that acik dah over the critical time. Demam, muntah, cirit-birit dah takda. So, tak payah warded. Acik mintak calamine lotion nak bagi kurang rasa gatal tu. Dah tu macam mana nak balilk? Ambulans boleh hantar, bayar jelah. So, balik lah ke rumah semula dengan ambulans. Sambunglah episod tak boleh tido. Kalau dapat lelap kejap pun kira heaven lah. Lelap tak sampai 2 minit, terjaga balik sebab gatal-gatal tu. Restless sangat. Macam-macam buat nak bagi lelap. Solat, ngaji semua. Last-last lelap sendiri. Gatal-gatal masih ada.

Sabtu, 26 Dec
Bangun dah tengah hari. Boleh cakap sepanjang hari duduk dalam aircond. Tak bagi peluh. Tapi macm magic, yang ruam gatal-gatal tu beransur hilang. Banyak tido sebab seminggu ni. Waktu tido memang kelaut. Start rasa lapar. Went out for lunch. Had a good meal at P15. Went home and sleep some more.

Ahad, 27 Dec
Went out for lunch at Bangi. Bought rice+ayam kurma+acar. Rasa macam suka sangat makan kurma lately ni. Tepi Petronas S3 ada orang jual air kelapa. Beli 3 bungkus. Oh, ada jambu jugak. Beli jambu jugak. Terliur tengok. Selera makan pun dah ok, macam-macam la nak makan.

Icha being so sweet, ngarok ngan mommy cakap nak tengok mom sebab mom sakit. Alahai anak buah, cair mom...

Ibu balik hari ni dari Kedah. Dia buat pulak berak-berak. Like, kalau nak poopoo, tak boleh tahan dah. Hahaha..ibu cakap dia nak keluar la tu. Yang virus-virus dia. Seminggu jugak la macam tu. Rasa kurang 2kg!

Jadi, dari pengalaman kena denggi ni:
1. Denggi takda ubat. Antibiotik pun Dr. tak bagi. Minum air banyak-banyak. 100+ tu nak bagi tenaga sebab kau tak kan selera nak makan. Jus betik, kiwi ke ape semua tu nak naik kan platlet darah. Sup ketam? Tak tau ape kaitan. Tapi ramai claim boleh naik kan platlet darah jugak. Aim kita: naik kan platlet. Kau buatlah ape cara sekali pun bagi platlet naik. Kalau tak, serah diri la amek darah tiap hari.

2. Dengi akan start dengan demam secara tiba-tiba yang temperature shoot terus tinggi. In my case 39-40 degree. Makan ubat, 7-8 jam memang akan rasa ok. Jam-jam terakhir temperature akan naik balik. Teruskan makan ubat, control temperature. Kalau dia 'tarik', lagi bahaya. Makan ubat ikut time. Keep drinking water. Dr. Siti cakap, tak payah pakai selimut tebal-tebal, sweater bagai. Let the heat out. Kau akan rasa sejuk. That's normal. Lagi kau berkelubung, lagi heat trap, lagi lambat temperature turun.

3. Lepas 3-4 hari, ruam-ruam yang super gatal akan start keluar. Boleh pakai calamine lotion nak bagi rasa merenyam tu kurang. Make sure, time ni pakai loose tshirt yang tak panas. Aim: tak nak bagi berpeluh. Kalau ada aircond, duduk dalam aircond. Bila sejuk, rasa nak menggaru tu kurang. Kalau takd aircond, make sure kerap mandi nak bagi badan sejuk. Macam acik, lepas gatal, ruam tu rasa pedih. Cari towel yang lembut. Knag luka pulak kulit. Tak tau la kot ni special case acik. Kulit memang super sensitive!

4. Minum air kelapa. Hari-hari kalau dapat. Bagi virus tu semua keluar. Memang ruam tu akan merenyam teramat sangat. Bertabahlah!

5. Kalau kena check darah, make sure pergi. Jangan skip. Ini satu-satunya cara Dr. nak tau platlet dah ok ke tak. Kalau dah ok, tak payah dah kena cucuk-cucuk. Dan dengan cara ini kita boleh elakkan kematian disebabkan denggi berdarah. Denggi berdarah apabila platlet terlalu rendah. Bila platlet rendah, darah tak dapat nak menggumpal. Darah akan flow terus je keluar. Tu nama dia denggi berdarah.

6. Orang keliling kena supportive. Masa ni kau akan sakit sendi semua lah. Kau akan cranky sebab semua benda pun tak kena. Masa ni kau akan secara tak sengaja sakitkan hati orang. Yelah, mana nak layan badan yang tak sihat. Mana nak layan kerenah orang yang ingat kau buat-buat sakit? Yang ingat kau hanyalah demam biasa tapi ngada-ngada.

7. Kuatkan mental. Kalau kau mampu buat rutin biasa, buatlah. Macam acik, acik mampu nak drive g klinik sendiri. Memang acik train diri jadi kuat. Lagi la bila kau solo. Majotiti benda kau kena buat sendiri.

Bertabahlah. Acik dah rasa kena denggi. Mintak jauh lah. Tempoh untuk recovery, post fever tu pun satu hal lagi nak kena fikir. Acik Isnin, 28 Dec dah masuk keje. Kuat tak kuat la kan. MC memang dah abes guna untuk tahun 2015. Tu pun ada satu hari acik kena AL. Dugaan penutup 2015.