Monday, August 25, 2014

Last minute shopping


Al-kisah nak raya hari tu. Hair dryer aku rosak. Ada lipas durjana p masuk dalam motor dia. Aku g on, hangit la bau lipas bakar! Ciss. Maka tamatlah riwayat hair dryer yang dah bertahun tu. Last day kerja sebelum bercuti panjang selama 2 minggu, Jumaat 25 Ogos tu aku bergegas ke KLCC. Nampak tak betapa aku gigih menapak ke KLCC semata-mata nak beli hair dryer? Kalau ikut aku, jangan harap la nak lintas Jalan Pinang yang busy memanjang tu nak ke KLCC. Kecuali kalau ada urusan rasmi, baru aku rajin nak g.

Tempat yang dituju adalah Best Denki. Aku dah google siap-siap electrical shop ape yang ada. Model hair dryer dan yang penting, harga. Aku bukannya pakai hari-hari pun. Takdanya nak beli yang canggih-canggih. Yang boleh keringkan rambut cukup. So belek-belek aku decide nak yang dalam range RM100 ke bawah. Ada satu aku dapat dengan harga RM61.90. Panasonic EHND21.


Dah namanya pompuan kan. List ad satu je, tapi nanti balik mesti lagi banyak barang! Aku tertengok pulak hair curler. Wahh, meriah ko noks nak rambut curl-curl time raya. Yang aku nak, takda pulak stock. So aku tanya la mana lagi ada jual. Bulan-bulan puasa, tak kuasa aku nak mengukur kedai. Tambah lagi lunch break aku sejam je. Akak cashier tu  bagitau kat Watson’s ada. Tau tak betapa jauhnya Best Denki tu dengan Watson’s? Its from one end to the other!

Sampai Watson’s aku takda nak melilau-lilau dah. Straight p cari hair curler. Pun dapat jugak. Harga RM69, Phillips HP860. Ada pulak promo purchase with purchase. Sape beli barang harga RM20 ke atasa, boleh beli 3 barang promo at discounted price. Aku tambah lagi beli massage pillow. Kata nak travel 6 jam balik kampong, kena la selesa. Yang ni harga RM55.90, dapat 50% off, jadi RM27.95. Tambah satu lagi barang, Clinelle Thermal Spring Water. RM38.90, 50% off jadi RM19.45. So total damage sebelum hari raya adalah RM116.40 di Watson’s.



Barang yang aku beli ni semuanya berguna. Time on the way balik, lena betul tido dalam keta. Nasib la Ken yang kena drive. Tahun-tahun sudah aku yang drive balik. Dia p hentam tido ngan adik-adik. Sampai aku demam-demam time raya sebab penat sangat. Tahun ni Ken pulak yang demam. Mana tak demam, melantak durian tak ingat dunia!

Yang Thermal Spring Water tu best. First time pakai masa pagi raya. Aku spray-spray sikit kat muka. Tak tau pulak kata panas. Dah kata Thermal, mesti la panas. Muka rasa segar je. La ni dah nak abes da sebotol aku guna. Ingat nak repeat la pakai sekali ko, mahai nak mampus. Memang tak la aku beli. Aku tukar beli Bio-Essence Miracle Water. Pack of 3, RM 48.90. Ada review dari blogger ShakinaFarhan cakap ok. So aku pon nak jugak try. Cepat terpengaruh ni! Hahahaha... Nanti kalau dah pakai, aku review eh?

So, ni la cerita ke-damage-an aku time before raya. Damage-damage lain adalah standard damage masa time raya. Duit raya, cost balik kampong, belanja kat kampong semua tu lah. Tahun ni baju raya, aku jahit sendiri, so dah jimat dah.. Kuih raya pun takda beli ape. 2 minggu kat kampong syiok wehh.


Sunday, August 24, 2014

Kembali sujud padaNya...

Rabu, 13 Ogos 2014 aku kembali sujud padaNya. Selepas 8 bulan bersolat secara duduk. Masa mula-mula, ada jugak try nak solat diri macam biasa, tapi pening, nak muntah. So aku amek keputusan nak solat secara duduk. Masa mula-mula, memang aku tak solat. Aku jadi lost, tak tau nak buat ape. Dalam hati ada nak solat, tapi aku tak buat. Jahilnya aku masa tu. It takes time jugak untuk aku arrange balik aku punya routine. Tapi orang yang pertama tanya aku pasal solat adalah Athi. Athi and Halim(husband) beserta anak-anak ada datang visit masa aku dah keluar hospital. Thanks Athi, mengingatkan.. Masa tu malu sangat nak cakap, yang aku belum start solat lagi. Padahal dalam Islam tu mudah, tak dapat cara diri, duduk, kalau tak, baring pon xpe kan?

So, start dari tu, aku solat duduk. Masa nak amek air semayang, memang kritikal. Kena hati-hati. Dr dah pesan, jangan jatuh. Adik-adik yang tolong pimpin masa mula-mula dulu. Lepas dah agak ok, aku g toilet sendiri. Rasa dia lain sangat bile dapat mengadu kat Dia.

Aku bukan terus dapat solat diri straight. Aku start sikit-sikit. Start masa Zohor kat opis. Mula tu memang ada lagi la pening, nak muntah. Aku stop. Selang 2,3 hari aku try lagi. Sampai la aku betul2 ok. Ada pening sikit2 tu biasa la kan. Aku buat tak tau. Aku doa, ngadu kat Dia, bagi aku kekuatan sebab aku dah rindu sangat nak sujud padaNya. Ko solat, tapi tak sempurna sangat, rasa dia lain tau. Tapi bukan ko sengaja pon tak nak sempurnakan solat tu.. Memang tak boleh kan.

Dari satu waktu, aku tambah jadi  2. Pastu tambah lagi secara berperingkat. dah akhirnya, Rabu tu aku berjaya sempurnakan solat 5 waktu secara berdiri(insyaAllah sempurna). Aku kabarkan pada ibu di kampung. Suka dia. Itu salah satu tanda aku dah ok.

Surgery aku yang 8 bulan lalu macam mimpi. Betul, tengok keadaan aku sekarang, macam tak sangka, akulah yang duduk dalam OT selama 8 jam. 2 malam dekat ICU, 9 hari dekat hospital. A kind of experience! Bukan semua orang ada pengalaman yang macam ni. Tapi aku yang terpilih kan. Aku bersyukur sangat ada family yang sangat supportive even aku cranky macam nak gile time tu. Tapi nikmat yang aku baru dapat ni, memang satu achievement bagi aku.


Tuesday, August 19, 2014

Iman Dental Care, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi


Iman Dental Care, Seksyen 7, Bangi. Tingkat 1, sebelah CK Rahim.

Ha, dekat sini la aku cabut gigi hari ni. Unexpected. Aku sakit mulut, rasa dah luka belah kanan bawah. Macam la berani nak jumpa dentist, tapi dah sakit, aku redah jelah. Sebelum sakit lagi teruk, baik aku pergi kan. So, pagi aku call, dapat appointment kul 12 noon. 1150am aku da sampai. 

Ni signboard kat bawah. Naik je tangga, jumpa ni

Macam spa kan.. Pusing je kanan sikit

Attending Dr., Dr. Mazlina. Lemah lembut je orangnya. Cantik, tinggi. Kebetulan anak dia anak murid Kak Meme. Nama kedai dia letak nama anak dia. Sweet kan.

Masuk dalam, ada meja receptionist, comel je. 

Aku syak Dr. ni suka warna hijau. Hehehe..kat sebelah kanan gambar ni, treatment room. Ada dua, aku kena masuk bilik no. 2 tadi. Kalau belah kanan view dia macam kat bawah ni.

Yang nampak pintu tu surau, pastu yang nampak sikit tu staff room. Masa ni ada satu makcik ni, baru lepas treatment agaknya. Berdarah-darah mulut. Aku syak dia tak gigit kapas tu kuat2. 

Seriau betul masa lepas Dr. check cakap nak kena tampal dengan cabut. Tampal tu aku takut ngilu. Yang cabut tu alahai, gigi hidup ni yang nak dicabut. Ni sebab gigi aku dah tak cukup ruang, so gigi bongsu xda tempat dah. Dia keluar, tapi senget ke tepi. Sebab tu aku sakit. Jadinya, Dr. Letak anaesthetic bagi kebas. Sementara tunggu nak kebas, Dr. tampal dulu. Surprisingly, tak ngilu . Maybe sebab anaesthetic tu dah kick off kan. So, ni la gigi yang Dr. buang. Masa Dr. nak cabut, memang rasa a bit pressure there. Tapi sekejap je dia buat dah siap. Sama macam tampal, takda rasa sakit. Terel betul Dr. ni. Oh, masa nak treatment Dr. bagi pakai spec mata hitam, tak nak bagi silau dengan headphone, tak nak bagi dengar macam-macam. Ada pakai apron kecik jugak.


So, total bil RM227, RM120 untuk cabut, RM90 tampal,RM17 ubat. Jom kita tengok ape yang Dr. bekalkan. Berus gigi tu Dr. bagi. Nak suruh aku gosok gigi banyak sikit agaknya. Tak cukup 2 kali sehari kot?

Ni plak isi dalam plastik putih. Kapas ada 4. Masa ni aku dah tukar, tu yang tinggal 3 je. Yang biru tu ponstan. Kalau sakit, boleh makan. tapi aku tak makan pun. Bertahan..bertahan..

So, sape-sape yang duduk area Bangi, Kajang, Putrajaya, boleh la consider datang sini. Highly recommended! Nak buat appointment, boleh call:

Iman Dental Care
32, Tingkat 1, Jalan 7/7B, 
Persiaran Cempaka, Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: 03-8927 4269
HP: 017-6152 752





Monday, August 18, 2014

Productive weekend

Had a productive over the last weekend. Apesal productive? Sebab, dua-dua hari masak yo! Bukan senang nak tengok aku masuk dapur. Kekekeke.. Masak cucuq udang. Hari Jumaat, Ken balik dari Singapore. Dia ada talk dekat UKM. Balik dari office terus g BTS. Dalam 40 mins dari KL. Memang dah otw pun. A bit cranky sebab puasa. Dah sampai, dekat sejam plak tunggu dia. Masa ni dah teringin makan macam-macam da. Puasa kan. Mula lah nak makan itu ini. Ada rasa nak makan pizza la, tom yam la, ayam tandoori la.

Balik, hantar Ken umah dia, balik umah. Rehat, nap kejap bangun, siap-siap nak kuar. Malam ni  jugak ad tuition Widad. So, kuar terus la berbuka ngan g tuition. Tak yah nak balik-balik umah da. Makan kat bistro. Ayam tandoori ngan sup cendawan. Sedap betul. Buat kecur air liur je kalau dok teringat-ingat balik. Alhamdulillah, dah 5 hari puasa ganti + sunat Syawal. Lagi sehari nak cukup 6 hari.

Hari Sabtu, awal pagi aku g hantar Ken p UKM. Before that, breakfast dekat Kak Ana. Makan nasi lemak. Ken jeling je tengok aku makan nasi lemak. Dah lama gile aku tak makan kot. Bertahun dah rasanya. Tapi nasi lemak Kak ana tak kick lah. Sambal kureng sikit. Balik hantar Ken g UKM, aku singgah Najmul Huda, Seksyen 7. Beli udang, daun sup, cili merah, tepung, cendawan. Tu dia, projek memikat perot sudah marey. Target adalah nak buat cucuq udang dengan cendawan goreng. 

Sampai rumah, maka bermula lah episod bersilat di dapur. Kopek udang, hiris daun sup, cili merah. Basuh cendawan-lerai kecik-kecik. Dah siap preparation, gaul semua bahan. Masuk kuali. Dalam sejam, dah boleh makan cucuq udang sama cenadawan goreng. Rasa bangga pulak sebab dapat masak. Lepas siap masak g tido. Penat memasak katanya. 





Petang, pick up Ken, tapi lepak dulu dengan kawan-kawan dia. Merasalah diorang cucuq udang sama cendawan goreng. Lepas hantar Rahmat balik rumah, keluar g Bangi Gateway. Beli barang dapur lagi. Mainly leaves and green stuff. Kena jaga balik ni. Lepas surgery kan naik berat. Kesian penimbang tu. Beli hp baru jugak sebab hp lama dah nazak betul. So, now pakai Lenove S850. Ok la, boleh whatsapp, instagram, fb semua. Bukan nak buat ape pun. Nak beli Iphone tak cukup duit lagi. Nak kena tunggu lagi. Cannot tunggu. Memang kena beli hp baru! So over the weekend dekat seribu jugak abes. Nangis oi tengok duit laju keluar macam air. 

Hari Ahad hantar si budak kecik balik sekolah, lepas hantar Ken g UKM. Dalam 2 jam jugak la perjalanan. Letih betul. Pas hantar Jiha, aku g Shah Alam, open house umah Faiz&Mas. Singgah kejap makan, sedap nasi ayam ngn lasagne dangan udang tempura. Nak lagi!! Then balik, aku nap kejap. Bangun masak cucuq udang lagi. By the time nak pick up Ken dekat UKM, dah lambat. Marah la pokcik tu. Tu la, nak masak sangat. So nak choose yang mana, amek on the time ke amek lmbat tapi bawak bekal cucuq udang satu tupperware?

Ni resipi cucuq udang.

Udang- dikopek buang kulit
Tepung gandum
Daun sup-hiris halus
Cili Merah-potong serong
Garam-secukup rasa
Air masak

Cara buat
Campur tepung dengan air. Agak-agak dah sebati dan tak terlalu cair, campur daun sup, cili merah, udang. Masuk garam secukup rasa. Goreng dalam minyak yang dah panas.

Macam aku suka dalam satu yang bulat tu ada satu udang. kalau udang banyak, boleh letak banyak-banyak. Ada orang letak hirisan bawang besar/merah. Aku tak favor sangat, so aku tak letak.




Thursday, August 14, 2014

The neurosurgeon visit

I spent the whole evening wandering around the ward. Have a deep thinking on how to fix my brain. Make few phone calls. I called my younger sister and break the news to her. She just went super quite and ask me to quickly remove the tumor. This is not a bag of rubbish dear, not that easy to remove! HAHAHA

While I'm playing Candy Crush at the mini park nearby, I receivec a call from the nurse, asking where am I. The neurosurgeon is looking for me. He went to my ward and only found an empty bed. So I met with the Dr., Dr. Farizal, a neurosurgeon from HUKM. WE discussed about my illness at the nurse counter.

He calmly took my imaging result and shove it at the panel. He explained to me about the tumor, where is it, the consequences of the tumor, etc. Before, he kind of interviewed my background.

Dr.: You must question, why me of all people. It's got nothing to do with your diet, genetic. Its just you're the chosen one. You're young, energetic, active. There's nothing wrong with you. Just that your cells decide one day to do something different. Taaa daaaa...there it goes; the tumor formed. Have you cried yet?

Me: Not yet Dr.

Dr.: This is not the end of your life.

Me: Ok, Dr.

Dr.: What are you going to do now? If you want to go for a second opinion, please let me know. I can write a reference letter for you.

Me: I don't know Dr. This is a huge, shocking news for me. I'll think about it and let you know.
We chat about an hour and I feel touch with his effort to come and visit me over the weekend.

We shaked hand and off he go. I continue playing my games in the ward. Dr. Farizal give me some time to think about what is the next course of action. I was discharge that very night.

Since I'm a self paying patient, I charge it into my card. RM3k. Woahh..this is the first time my card being charged over RM2k. After finished with the finance, the nurses gave me some medication for my dizzziness and they all asked me to be very careful. 

At night, my sister came with her husband and mother in law. She asked me either I'm ok or not. My parents called right after I jump into the car. I asked my sister not to reveal the news yet. I wanted to reveal that by myself. We went back and I sleep well that night.

**was suppose to publish this long time ago**

Second post surgery and review.

8/8/2014
Aku pergi scan buat kali ke-2 lepas surgery. Same place, ANOC, Bangsar. Kenapa ANOC? Tak Gleneagles saje? Kan buat surgery kat san? Yang first post surgery scan pun buat kat sini. Ala, yang aku pengsan tu masa nak buat branula. Maybe aku lupa nak cerita kot. Roughly, aku pitam sampai diorang nak postpone the scan. Tapi mana boleh. Sape nak hantar aku pulak? Darling bf will be back to Singapore soon. Scan tu masa February hari tu. Lagi pun, aku pernah call both places masa sebelum scan tu. Saje nak tanya harga. Yang dekat ANOC lagi murah dalam RM300 dari buat kat Gleneagles. ANOC dalam RM1500 je. Kalau Gleneagles nak dekat RM2k termasuk lain-lain charge seperti registration etc.. Gilo mahal. Jadi, kita pergi la buat dekat tempat yang murah. Janji boleh scan. Ye dak?

So on the surgery day itself, aku bangun lewat sikit dari plan. Tak terjaga. Mana taknya, malam tu aku tak boleh tido! Nak dekat kul 1 pagi baru lelap kot. Aku takut. Ape la result yang bakal keluar. Ok ke tak? Kalau tak ok macam mana? Nak kena treatment lagi. Sape nak bayar? Bukan ratus-ratus. Makan ribu jugak tu. Tu tak termasuk lagi keswan dari treatment. Tak sanggup oii..

So, yang dah memang lambat bangun kan, aku pun take my own sweet time nak bersiap. Dalam kepala dah set, jangan pengsan, jangan pengsan. Buat malu je lagi nanti kalau pengsan buat kali ke-2. Hahahaha... So dah bersiap, pergi pick up darling. Masa tu dah nk dekat kul 8 dah. Plan nya kul 745am kuar rumah. Drive la kitorang ke ANOC, Bangsar. Dia dekat dengan BSC. Office building yang belakang BSC. Parking dekat bawah BSC. Kan orang nak g keje pagi tu. Nak lalu pulak Mid Valley. Memang jem la kan. Aku yang memang dah cuak makin cuak takut sampai lambat. Kang nanti diorang postpone lagi kan susah. So, sampai cukup-cukup 950am. Jalan dengan gayanya ke Level 2. Siap pakai heels lagi. Lepas register semua, mintak diorang tukar alamat, jadi alamat KL. Before ni alamat Mersing. Ape-ape senang nanti diorang nak send documents. Tak la delay kalau hantar p Mersing dulu.

Dah register, aku tunggu kejap. Then baru diorang panggil ke Imaging Room. Macam biasa, kena tukar uniform dulu. Ada dapat temporary personal locker nak letak belongings. Then insert branula. Bila dah ready, diorang akan ushered masuk scanning room. Masuk-masuk je dah ada stool. Boleh letak kunci locker&spectacles kalau ada. Ha, jangan bawak masuk ape-ape hand held device; hp ke tablet ke. Rosak nanti. Diorang pakai strong magnetic field. 15 minutes pertama scan without contrast. Contrast ni sejenis ubat yang diorang akan masuk kan untuk dapat clearer image. Sebab tu diorang kena buat branula. Nanti contrast diorang inject ikut branula. Selesai 15 minit, diorang akan ‘keluar’kan kita dari terowong. Inject contrast and masuk lagi for 10 minutes. Macam aku kan MRI Brain. Kepala memang tak boleh gerak lah. Siap pakai helmet macam pemain rugby, strap lagi. Then pakai head phone nak bagi kurang bunyi bising. Dalam tu memang bising masa machine tengah operate.

Selesai scan, salin baju balik semula. Tunggu sekejap untuk payment. Akan dapat scan images on the spot. Payment adalah RM1500. Boleh pakai credit card. Sign semua, siap.

Masa aku hari tu Dr. Chee suruh jumpa right after scan dekat Gleneagles. So bergegas la kami ke GKL. Parking jauh sangat. Ramai betul orang sakit! Sampai suite Dr. Chee, ramainya orang! Lama ok tunggu. Ada la dalam 1 jam setengah. And Dr. Chee being so nice. Jumpa aku sebelum dia lunch break.Kalau tak, lagi lama la kau tunggu. Dari pagi dah ni.  Masa dia review result, dia puas hati dengan progress aku. Test jalan catwalk, better than before. Test lain pun pass. So no more medicine prescribes. Yahoo! Just finish whatever left. Ada la dalam 2 minggu nak bagi abes. Tapi....aku lupa nak tanya Dr. Chee. What kind/level of activities allowed. Kan dah naik berat sampai 10 kg katanyaaa..Kena la back into shape balik kan? Since semua result positive. Aku asyik senyum je. Takda la risau lagi. Bayar consultation fee RM105. Next appointment lagi 6 bulan, February 2015. Ya Allah, syukur sangat. I am another step closer to be a brain tumor survivor. InsyaAllah, I can do this!



Wednesday, August 06, 2014

Post raya

Hari ni baru balik KL. Cuti 2 minggu kan. Balik pun sebab ada 2nd post surgery scan at ANOC, Bangsar this Friday. Jangan pengsan lagi sudah la ye.. Malu mak nokk..ada sikit rasa takut. Takut kalau-kalau tumor tu grow back kan. Tapi tu la..nak takut pun buat ape kan..kita tunggu je lah Jumaat ni.

Raya was fun! Semua balik kan this year. On the third day, we had BBQ. Sotong, udang, ikan, sausage. Sedap betul. Tambah lagi main mercun ngan bunga api. Syok abes. Tahun ni tak ada banyak gambar raya pun. Sikit-sikit saje. No baju baru as well. Next year la kita beli.. Eh, tak2.. Kain da ada, ada orang bagi. Just nak g tempah je. Ingat nak buat kebaya. Yuhuuu...

Malam ni da start tuition Widad. Tak lama lagi nak UPSR dah. Hopefully boleh tolong dia untuk capai 5A..