Tuesday, December 30, 2014

ok ke hari ni?

Ni la soalan yang hari-hari aku dapat.
Ok ke hari ni?
Jawapan aku, akan tetap. OK.
Aku jadi penat nak jawap soalan ni.
Ye, zahirnya, memang Nampak aku ok.
Ape tak ok, boleh makan, minum, tido.
Kira ok la kan tu?
Orang akan bercakap tentang zahir je.
Apa yang kita rasa, batin kita, orang bukan tau pon.
Kalau aku kena tampal muka plastic pon, aku buat.
Kalau ni akan kunci kan mulut-mulut orang yang terlebih insurance dok tanya aku ok ke tak.
Aku tau niat diorang tu baik. Concern.
Tapi kalau dah hari-hari tanya, aku pon naik bosan.
Hati aku, pandai-pandai lah aku nak kena handle.
Kalau bukan aku yang handle, sape la nak tolong handle kan.
Tak sapa tau apa yang sebenarnya aku rasa.
Pada aku, cukup aku sorang yang tau.
Cukup aku yang rasa. Dan rasa tu tak perlu aku kongsikan dengan sape-sape.
Mana mungkin aku pulih dalam waktu yang singkat.
Aku serahkan semua padaNya.
Aku mohon diberi kekuatan jiwa dan hati. Serta beberapa potong doa yang lainnya.
Cukup aku mengadu pada Dia.
Dia je yang boleh bantu aku, yang boleh buat aku kuat macam dulu.
Kalau ada senyum pun, tak bermakna hati tak berduka.
Aku kena bangun, kena kuat untuk semua ni.
Aku ada kerja yang nak kena buat. Tak selamanya aku kena berduka.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...




Monday, December 29, 2014

Cacat pemandangan

Hati, tabah dan sabar lah. 
Hari ni datang office dengan semangat nak lupakan apa yang patut.
First, kita kena remove frame gambar yang dah dua tahun atas meja.
In between the monitors..


Tak mudah untuk aku amek dan letak frame tu dekat tempat lain.
Its been there since 2012. Tapi, ni antara first step yang aku kena buat.
Slowly, aku tatap gambar ni buat kali terakhir maybe.
Aku bermonolog, apa salah aku, apa patut aku buat untuk kembalikan dia.
Takda, satu jawapan pun aku tak dapat.
Aku terpaksa letak gambar ni dalam drawer.
Sekarang view aku adalah...

Kosong dah.
Sekosong hati aku.
Sedih sangat. Aku kalau boleh tak nak simpan frame tu. Nak biar je kat situ.
Tapi, kalau aku biar nanti hati aku lagi sedih. Mesti bengkak lagi. Pastu nangis.
Aku tak nak nangis dah..
Cukup la seminggu ni aku bukan aku. 
Kesian dekat ibu abah. Kalau aku tak kuat, sape nak jaga diorang?
Sape nak jaga adik-adik?
Maka, cacatlah pemandangan aku untuk hari-hari mendatang...
Cuya kuat kan..

Saturday, December 27, 2014

The missing me

Tak guna kan nak berharap. Untuk apa? Semua tu tak kan kembalikan dia. Aku perlu masa untuk heal.  Setia aje tak cukup. Relationship needs more than that. Long distance? Lagi la mencabar. Yes, i was thought everything was fine. I tried to be an understanding partner. Phd is not an easy things. Giving him time and space. Tapi tu semua persiapkan dia untuk tak ada aku. Perempuan, as long as dia ada, bercakap, text now and then dah rasa selesa. Little did i know, man needs more than that. Tak, tak distance tu tak salah. Cuma kita, manusia yang salah menilai. Ini jalannya untuk aku. There will be light at the end of the tunnel kan. Yang aku perlu, masa. Dan aku ada semua masa yang aku perlukan untuk heal semua ni. Untuk isi balik part of me yang dah hilang tu. Lama-lama aku ok lah,kan?
Tak, dia tetap akan jadi part of me. Our lifeline has crossed, once. Lama tau it goes parallel and crossed before drifted apart. Dia tetap ada dekat that one place. Takda yang boleh nafikan tu. Dan tempat tu aku je yang tau, how special it is. But i need to seal it, prettysoon. 

Friday, December 26, 2014

kosong

dah hampir seminggu.
tapi aku masih look forward to hear from him.
sedih, cukup buat empangan mata aku pecah tiap kali teringat.
8 tahun 10 bulan. mana mungkin dalam masa tak sampai seminggu ni aku lupa.
macam-macam dah lalui bersama.
dari naik moto, kena hujan, naik ped, sampai milah. semua kitorang lalui sama-sama.
dari takda duit nak makan, share makan ape yang ada, semua dah.
perit kan kalau ingat-ingat balik.
percaturan Allah lebih sempurna. dah Dia kata kunfayakun, maka jadilah.
masih rasa dia ada. dan itu yang aku nak, nak dia sentiasa ada.
aku cuma perlu masa nak adjust semua ni. nak bangun balik.
kali ni jatuh memang terduduk. patah terus. takda tongkat dah nak tolong aku bangun.
aku kena kumpul balik kekuatan untuk bangun.
bape lama aku nak macam ni, aku tak tau.
mungkin makan bulan, mungkin makan tahun.
nak kena buat semua benda sendiri. semua sekali.
takda dah yang akan dengar ape aku merepek. takda dah yang jaga aku masa sakit.
tu semua dah jadi history.
aku masih mengharapkan keajaiban dari Dia.
pulangkan apa yang pernah aku miliki.
ya, aku masih mengharap. tak salah kan nak mengharap?
masih simpan angan-angan. masih ingat janji-janji dulu.
dulu, dia takda kat KL pun, aku tau dia ada.
tapi sekarang, dia betul-betul dah takda.
dah pergi.
tapi aku tak boleh halang kalau dia nak pergi.
cuma satu hari nanti, aku harap dia balik dan tak kan pergi lagi.
pada siapa aku nak hamburkan rasa hati? nak mengadu itu ini?
aku sakit dua tiga hari ni.
makan pun sekadar alas perut. kalau betul-betul lapar.
tido pun sekadar nak hilangkan penat.
aku tak putus doa untuk kami.
semoga panjang jodoh kami.
semoga dia balik dan tak pergi lagi


Monday, December 22, 2014

sakit

sakitnya...
tak terdaya rasa nak menanggung semua ini.
sekarang, percaturan yang membuat aku tewas.
pedih, perit. it just not meant to be. what else should i say?
there's nothing left
life must goes on kan
putus cinta tu biasa.
tapi putus cinta selepas 8 tahun bersama tu luar biasa.
cuba cakap macam mana aku nak hadapi semua ni?
sekelip mata semua tu hilang. tak ada. kosong.
apa lagi yang boleh aku cakap?
orang dah tak nak,tak kan nak paksa-paksa? nak tersua-sua?
senang cakap, ini biasa, proses dalam kehidupan.
tapi yang nak hadap benda ni semua aku.
banyak sangat kenangan.
dalam aku ada dia.
i shouldve sense the pattern changed. long time ago.
tapi aku menidakkan. cuba bagi yang terbaik. masih mencari sisa-sisa yang mungkin tertinggal.
aku menari bersama, tapi mungkin langkah aku sumbang. berzapin dia, berzapin lah aku.
tapi tu semua tak bermakna lagi dah. sebab semua tu dah tak ada.
ribut tak ada, angin kencang pun tak ada. musim berubah. itu yang boleh aku cakap.
moga aku tabah

Wednesday, December 10, 2014

Anniversary surgery yang pertama

Hari ni genap setahun surgery. Sekejap je rasa, dah setahun. Kalau tahun lepas, time ni aku atas katil hospital, dalam operation theatre. Serah diri dekat Dr. Chee untuk buat yang terbaik. Keluarga besar tengah berdebar tunggu dekat luar. Berjaya ke tidak, ada complications ke tidak. Aku kat dalam memang tak tau ape lah. Was on anesthetics.

Keluar dari OP pon dah nak Maghrib. Lama sangat diorang tunggu. Dr. Chee cakap dalam kul 4-5pm siap. Tapi ni dah petang sangat tak keluar lagi.  Sampai abah gi masuk sendiri kat dalam. Nak tau kenapa aku lama sangat. Macam man dia lepas masuk ke dalam, jangan ditanya. Hahaha.. tapi lepas dia keluar (aku syak nurse sedar dah ada bukan staff hospital kat dalam) dia senyum je. Cakap, “kakak dah selamat dah”. Ni Najwa la yang cerita. Semua pon pelik macam mana dia tau? Hahaha..abah..abah..

Kak Lia ada cakap yang Dr. Chee ada bagitau kemungkinan yang aku tak kan kenal orang bila buka mata nanti. Maybe tu among the complication nya kot. Tapi Alhamdulillah, aku kenal je semua orang yang masuk dalam bilik ICU lawat. Orang pertama yang aku nampak masa buka mata Ken. Masa tu dia masuk dengan Aunt Bee. Masa nak buka mata tu aku dengar ada orang panggil nama aku. Tu Dr. Lim rasanya, pakar bius.  Lepas Ken keluar, ibu, abah, Najwa masuk. Patut 2 orang je. Ni sampai 3 orang masuk. Kot Dr. nak cakap ape2 kurang-kurang ada Najwa boleh la faham kalau Dr. cakap English. Dr. Chee pun bukan nak fasih sangat Bahasa Melayu.

Masa sedar tu, dahaga sangat. Aku mintak air. In fact, sape je masuk aku mintak air. Pastu muntah. Yelah, minum banyak, padahal nurse da cakap minum sikit-sikit. Aku yang degil, takut nanti tak boleh da nak minum. Hahaha. Buruk perangai. Masa ni aku takut sangat nak gerak kepala. Takut otak terkeluar. Drama kan? Kan Dr. belah kepala. So memang takut la. Pastu ada wire kat kepala, nak move memang susah sikit.

Sepanjang lepas aku sedar tu sampai abes waktu melawat, memang tak putus orang datang. Semua take turn masuk. Happy sangat. Masa ni rasa sedih pun ada. Tak boleh nak buat ape. Yelah, semalamnya, aku still jalan-jalan, gelak-gelak. Hari ni tak boleh buat ape. Bed ridden. Semua pun orang buat. Mandi pakai lap-lap ngan tissue je. Tu pun nurse buat. Kat tangan ad drip kan. So nak salin baju ape semua diorang yang buat.

2 malam dekat ICU. Sempat la muntah beberapa kali. Ada sekali tu muntah banyak sangat. Sampai nurse kena tukar baju. Hari ke-2 tu da rasa lapar. Aku mintak bubur. Nurse suap penuh satu sudu. Tak dan lama aku muntah balik. Lepas tu ken masuk. Dial ah yang tolong suap, dapat la 3 kali, hujung sudu. Tu pun aku dah happy. Da boleh makan, even sikit. Dr. Lim buat lawak, kurus la awak macma ni kalau tak makan. Memang kurus time takda selera je Dr. Lepas tu, ada selera sampai la ni, dah 12kg naik!

Hari ke-3 dah boleh pindah ward biasa. Masa ni ambik single executive-RM330, masih within the insurance limit(RM350). Selesa sikit, ada pull out bed. Diorang tak la tido atas lantai macam masa mula-mula check-in. Masa tu tak sure berapa limit, so amek bilik single biasa je. Kesian ibu abah kena tido kat lantai. Malam tu Fattah& Syazwan datang, hantar toto. Bantal pakai bag je. Masa ni memang fully on the bed. Pakai catheter. Panas nya rasa sebab tak mandi. Kejap-kejap nurse datang buang urine sebab kejap je dah penuh. Aku kuat minum air.

Hari ke-5 kalau tak silap nurse cabut catheter. Means aku dah boleh turun katil. Dah boleh mandi. Tapi aku tak boleh jalan. Kena papah g toilet & mesti ada orang yang tunggu. Masa ni rasa useless sangat. Semua benda orang nak kena tolong. Kan kuat minum air. Banyak kali la g toilet. Masa first time dapat mandi, bahagianyaaa.. dapat sabun semua. Nikmat rasa. Yelah dab ape hari tak mandi. Dengan rambut sanggol macam orang beranak. Hahaha..


Ok nak balik dah, nanti sambung cerita lagi