Sunday, August 24, 2014

Kembali sujud padaNya...

Rabu, 13 Ogos 2014 aku kembali sujud padaNya. Selepas 8 bulan bersolat secara duduk. Masa mula-mula, ada jugak try nak solat diri macam biasa, tapi pening, nak muntah. So aku amek keputusan nak solat secara duduk. Masa mula-mula, memang aku tak solat. Aku jadi lost, tak tau nak buat ape. Dalam hati ada nak solat, tapi aku tak buat. Jahilnya aku masa tu. It takes time jugak untuk aku arrange balik aku punya routine. Tapi orang yang pertama tanya aku pasal solat adalah Athi. Athi and Halim(husband) beserta anak-anak ada datang visit masa aku dah keluar hospital. Thanks Athi, mengingatkan.. Masa tu malu sangat nak cakap, yang aku belum start solat lagi. Padahal dalam Islam tu mudah, tak dapat cara diri, duduk, kalau tak, baring pon xpe kan?

So, start dari tu, aku solat duduk. Masa nak amek air semayang, memang kritikal. Kena hati-hati. Dr dah pesan, jangan jatuh. Adik-adik yang tolong pimpin masa mula-mula dulu. Lepas dah agak ok, aku g toilet sendiri. Rasa dia lain sangat bile dapat mengadu kat Dia.

Aku bukan terus dapat solat diri straight. Aku start sikit-sikit. Start masa Zohor kat opis. Mula tu memang ada lagi la pening, nak muntah. Aku stop. Selang 2,3 hari aku try lagi. Sampai la aku betul2 ok. Ada pening sikit2 tu biasa la kan. Aku buat tak tau. Aku doa, ngadu kat Dia, bagi aku kekuatan sebab aku dah rindu sangat nak sujud padaNya. Ko solat, tapi tak sempurna sangat, rasa dia lain tau. Tapi bukan ko sengaja pon tak nak sempurnakan solat tu.. Memang tak boleh kan.

Dari satu waktu, aku tambah jadi  2. Pastu tambah lagi secara berperingkat. dah akhirnya, Rabu tu aku berjaya sempurnakan solat 5 waktu secara berdiri(insyaAllah sempurna). Aku kabarkan pada ibu di kampung. Suka dia. Itu salah satu tanda aku dah ok.

Surgery aku yang 8 bulan lalu macam mimpi. Betul, tengok keadaan aku sekarang, macam tak sangka, akulah yang duduk dalam OT selama 8 jam. 2 malam dekat ICU, 9 hari dekat hospital. A kind of experience! Bukan semua orang ada pengalaman yang macam ni. Tapi aku yang terpilih kan. Aku bersyukur sangat ada family yang sangat supportive even aku cranky macam nak gile time tu. Tapi nikmat yang aku baru dapat ni, memang satu achievement bagi aku.


No comments: