Sunday, September 07, 2014

Rojak

Pernah kau rasa down yang teramat sangat?
Yang buat kau lemah dan paralysed
Yang kau rasa tak mampu nak buat ape-ape
Yang dalam kotak pemikiran, hanya kau yang alami this bad hair day

Benar, Tuhan tak akan datangkan ujian macam tu saje
Dia yang Maha Mengetahui akan datangkan ujian sejajar dengan kemampuan umatNya
Hari ini didatangkan ujian sedikit, mahu kamu menyedari tentang sesuatu mungkin
Bukan untuk melemahkan, malah menguatkan

Percayalah
Setiap yang berlaku itu bersebab
Setiap yang terjadi punyai hikmah
Jalan yang berliku mematangkan diri, harapnya
Menjadikan kita yang lebih kuat

Hari ni, rasa down yang amat sangat. Banyak nak tulis, tapi tak tau nak mula dari mana. Mungkin ini (ketidakstabilan emosi) membuatkan aku down. Maka bercampur aduk lah semua macam rojak. Ibu datang over the weekend. I took leave on Friday. Purposely to bring her to my aunt's place. Walau hati pernah tercalar, aku pedulikan demi keinginan sang ibu. Ah, bukankah semua nak jadi anak yang menyenangkan hati ibu bapa? Aku, mungkin bukan yang terbaik dimiliki mereka. Tapi aku ingin lakukan yang terbaik buat mereka. Caraku tak sama dengan yang lain. Jadi, jangan expect aku buat benda yang cliche. Aku punya cara tersendiri. Titik.  

Bila dah umur 28 ni, macam-macam dugaan. Pertanyaan bila nak kawen, bila nak pakai tudung semua tu melemaskan tahu? Kenapa nak kena kawen even dah 28? Tak boleh ke tunggu lagi. Anyway, aku bukan tak nak kawen, cuma belum masa lagi. Aku baru baik dari sakit yang macam mimpi. Punya beban hutang yang perlu dilangsaikan. Punya impian yang belum tertunai. Ah, banyak benda yang aku nak buat. Nanti ada yang cakap, bukankah lebih manis jika dapat dilaksanakan berdua, bersama yang halal disisi? Look, apa yang baik untuk kamu, mungkin buruk untuk aku. Jalan kita berbeza. Kenapa ramai tak boleh terima ni? Tudung, aku ada cita-cita untuk bertudung. Tapi itulah, antara cita-cita aku yang belum tercapai..

A lot of things are better kept to ourselves. Tentang impian, bucket list or anything yang kau rasa hanya kau yang perlu tahu. Ada lah satu dua yang boleh dikongsi dengan orang. Orang lain pun ada impian diorang. Larat ke nak dengar tentang impian kita? Kalau orang perlekehkan, sentap pulak. Jadinya, banyak benda aku simpan sendiri. Sampai tak boleh nak tanggung. Sudahnya, hujan lah masa mandi. Cara yang mudah nak releasekan apa yang terpendam.

Bersyukur.
Thats the key word. Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ini. Ingat, we're one in a million. Dari kita sebesar benih, kita dah ada the fighting instict in us. Thats why we made it till today. Jadi, kenapa aku perlu mengalah? Keep fighting!



No comments: