Al-kisah nak raya hari tu. Hair dryer aku rosak. Ada lipas durjana
p masuk dalam motor dia. Aku g on, hangit la bau lipas bakar! Ciss. Maka
tamatlah riwayat hair dryer yang dah bertahun tu. Last day kerja sebelum
bercuti panjang selama 2 minggu, Jumaat 25 Ogos tu aku bergegas ke KLCC. Nampak
tak betapa aku gigih menapak ke KLCC semata-mata nak beli hair dryer? Kalau
ikut aku, jangan harap la nak lintas Jalan Pinang yang busy memanjang tu nak ke
KLCC. Kecuali kalau ada urusan rasmi, baru aku rajin nak g.
Tempat yang dituju adalah Best Denki. Aku dah google
siap-siap electrical shop ape yang ada. Model hair dryer dan yang penting,
harga. Aku bukannya pakai hari-hari pun. Takdanya nak beli yang
canggih-canggih. Yang boleh keringkan rambut cukup. So belek-belek aku decide
nak yang dalam range RM100 ke bawah. Ada satu aku dapat dengan harga RM61.90.
Panasonic EHND21.
Dah namanya pompuan kan. List ad satu je, tapi nanti balik
mesti lagi banyak barang! Aku tertengok pulak hair curler. Wahh, meriah ko noks
nak rambut curl-curl time raya. Yang aku nak, takda pulak stock. So aku tanya la
mana lagi ada jual. Bulan-bulan puasa, tak kuasa aku nak mengukur kedai. Tambah
lagi lunch break aku sejam je. Akak cashier tu
bagitau kat Watson’s ada. Tau tak betapa jauhnya Best Denki tu dengan
Watson’s? Its from one end to the other!
Sampai Watson’s aku takda nak melilau-lilau dah. Straight p
cari hair curler. Pun dapat jugak. Harga RM69, Phillips HP860. Ada pulak promo
purchase with purchase. Sape beli barang harga RM20 ke atasa, boleh beli 3 barang
promo at discounted price. Aku tambah lagi beli massage pillow. Kata nak travel
6 jam balik kampong, kena la selesa. Yang ni harga RM55.90, dapat 50% off, jadi
RM27.95. Tambah satu lagi barang, Clinelle Thermal Spring Water. RM38.90, 50%
off jadi RM19.45. So total damage sebelum hari raya adalah RM116.40 di Watson’s.
Barang yang aku beli ni semuanya berguna. Time on the way
balik, lena betul tido dalam keta. Nasib la Ken yang kena drive. Tahun-tahun
sudah aku yang drive balik. Dia p hentam tido ngan adik-adik. Sampai aku demam-demam
time raya sebab penat sangat. Tahun ni Ken pulak yang demam. Mana tak demam,
melantak durian tak ingat dunia!
Yang Thermal Spring Water tu best. First time pakai masa
pagi raya. Aku spray-spray sikit kat muka. Tak tau pulak kata panas. Dah kata
Thermal, mesti la panas. Muka rasa segar je. La ni dah nak abes da sebotol aku
guna. Ingat nak repeat la pakai sekali ko, mahai nak mampus. Memang tak la aku
beli. Aku tukar beli Bio-Essence Miracle Water. Pack of 3, RM 48.90. Ada review
dari blogger ShakinaFarhan cakap ok. So aku pon nak jugak try. Cepat terpengaruh
ni! Hahahaha... Nanti kalau dah pakai, aku review eh?
So, ni la cerita ke-damage-an aku time before raya.
Damage-damage lain adalah standard damage masa time raya. Duit raya, cost balik
kampong, belanja kat kampong semua tu lah. Tahun ni baju raya, aku jahit
sendiri, so dah jimat dah.. Kuih raya pun takda beli ape. 2 minggu kat kampong syiok
wehh.