Tuesday, July 07, 2015

Update: Selesai hutang PTPTN dengan pengeluaran KWSP

Entry asal

18 Februari 2015

Aku mintak time off dengan boss nak g KWSP-Main Branch KL, Jalan Raja Laut. Kan aku ada kawan kerja kat sana. Dia bagitau, 745am da bukak da officenya. So, pagi tu aku pun naik taxi pergi. Senang cerita, tak payah pening-pening nak cari parking. Dah la aku paling pandai jalan kat KL. Naik taxi lagi senang. Tahan je taxi depan office. Took about 10 minutes drive and it cost me RM6/way. 

So, sampai je, dah ada orang beratur dekat kaunter pertanyaan. Sampai turn aku, aku cakap nak keluar KWSP nak bayar PTPTN. Kalau takda borang, dia suruh isi dulu, lepas tu baru dapat nombor giliran. So, aku isi cepat-cepat. Tak nak Q lama-lama. Aku tunggu dalam 5 minit camtu, sampai giliran.

Yang serve aku pegawainya perempuan. Aku dah prepare semua dokumen. Dah susun cantik-cantik. Dia semak, pastu dia keluarkan salinan IC, bagi balik kat aku. Ceh, kalau tau tak nak, tak payah aku bazir fotostat. Dia tanya, pertama kali memohon ke? Aku jawab haah. Dia cakap, selalu tak ada masalah nak buat pengeluaran. Maknanya, kalau dokumen ko lengkap, insyaAllah, lulus la tu.  Pastu dia key-in kat komputer dia, dia cakap ok dah siap. Sekejap je urusan. Pastu aku pun ambil kesempatan tanya, berapa lama proses nak lulus. Dia cakap dalam 2 minggu. Nanti pihak KWSP akan maklumkan. Masa hantar dokumen ni, sehari sebelum cuti Raya Cina. Aku dah stanby result akan delay.

Dua minggu pun berlalu. Tiap-tipa hari aku dok tunggu call or sms dari KWSP. Tapi tak ada. Cukup dua minggu, aku call KWSP tanya result permohonan aku. Operator tu cakap, dah lulus da masa final week Februari. Aku cakap la, tapi aku takda terima ape-ape call or sms pun? Dia cakap, oh, mungkin service  provider tu tak hantar notification. Pulak dah. It's easy kan to put the blame on others? So, nasihat aku, kalau dah apply dekat KWSP, make sure korang follow up-consistently. Call Pusat Panggilan KWSP: 03-89226000. Tanya status permohonan korang. Operator suruh check dengan PTPTN, sebab cek pembayaran dah dikeluarkan.

Letak je phone, aku terus semak penyata PTPTN. Kalau korang under ujrah, boleh semak kat sini. Bila check, tak ada ape-ape transaksi. Patah hati. So sekarang kena deal dengan PTPTN pulak. Aku call PTPTN tanya, dia cakap pelarasan buat after minggu kedua setiap bulan, after 16th. Ok, aku tunggu. Hari-hari aku check, still xda perubahan. 

23 March 2015

Aku isi borang maklum balas PTPTN. Aku cakap la yang aku dah bayar penuh melalui KWSP, so aku tanya pasal pelarasan, surat pelepasan hutang, sekali dengan lebihan bayaran. Dalam masa yang sama, aku email direct ke pegawai PTPTN jugak-Puan Aiin. Aku dapat email dari kawan. Aku tanya, bulan ni tak buat pelarasan ke? Selamat la pegawai ni ok. Dia cakap, akaun aku yang BELUM DIBUAT PELARASAN. Aku mintak dia expedite the process. Dia cakap, ok. Surat pelepasan hutang akan keluar lepas pelarasan dibuat.

24 March 2015

Pagi-pagi aku dah dapat email dari pegawai PTPTN dengan tajuk: PTPTN- SURAT PELEPASAN HUTANG : No IC- Nama pemegang IC. Allah, leganya rasa bila dapat surat ni. Dalam surat ni, ada remark, kalau tak ada apa-apa tuntutuan dalam tempoh 6 bulan oleh pihak PTPTN, maknanya, berpisahlah anda dengan PTPTN. So, expiry date aku bulan September 2015. 

Puan Aiin pun ada email cakap pelarasan akaun dah dibuat. Tuntutan lebihan bayaran pun dah diterima oleh sistem. Tunggu duit masuk jelah. 

2 April 2015

Aku dapat email dari e-banker, Bank Islam Corporate Banking., details transaction yang dibuat oleh pihak PTPTN. Alhamdulillah. Lepas tolak tambah, darab, bahagi, RM1733.86 dikreditkan ke akaun aku. Berbaloi la usaha aku dalam menyelesaikan hutang aku dengan PTPTN.

Maka, tamatlah hubungan aku dengan PTPTN secara rasminya. Tapi edah belum abes, tu bulan September.

Sekarang dah bulan Julai. Dah takda promo 20% off kalau bayar lumpsum. Tapi 10% off kalau bayar tiap-tiap bulan berturut-turut selama 12 bulan masih ada. That one valid sampai end of this year.

Pengajarannya, kalau berurusan denagn mana-mana agensi, kerajaan ke swasta ke, korang kena la rajin follow-up. Bukan kita sorang je yang pakai perkhidmatan diorang. Beribu yang pakai. So, kena banyak bersabar. Doa supaya urusan dipermudahkan. Make sure semua dokumen korang lengkap sebelum proceed dengan application. Takda la nak kena ulang pergi berkali-kali. Anyway good luck!


No comments: