Wednesday, February 11, 2015

Selesai hutang PTPTN dengan pengeluaran KWSP

Kalau cerita pasal PTPTN, mesti ramai yang pening kepala. Yelah, keluar-keluar je universiti, hutang paling sikit berbelas ribu. Aku keluar je universiti, dah ada tanggung hutang RM21k. Ye, dua-puluh-satu-ribu! Sebab aku sains student. Setiap tahun ada pinjam extra RM500. Kan kos sains tu mahal. Dengan equipment la, lab la.. Tu lah padahnya tak nak belajar pandai-pandai masa SPM. Dah kena berhutang berpuluh ribu. Masa tu pendedahan tentang biasiswa tak berapa nak telus. Kalau yang tau pun, certain-certain orang. Yang lain, nah, hadap lah kau dengan PTPTN!

So, aku start first degree tahun 20005-2008 dekat UKM beserta pinjaman PTPTN. 2009 aku sambung Masters dekat UTP sampai 2012. Jadinya, dalam tempoh setahun antara 2008-2009 tu aku ada kerja part time. Dapat la bayar sikit-sikit. Masa tu caj pengurusan adalah 3%. Bila PTPTN tukar polisi jadi ujrah(1%), jadinya, aku pun mohon. Time ni aku dah bayar dalam RM4k. Jadilah kan, dari tak bayar ape-ape.

So, untuk akhir tahun 2011, hutang aku tinggal RM15,371.23. Bayar tak konsisten. Ada bulan aku bayar, ada bulan tak. Aku malas nak g pejabat pos. Masa ni belum aktif internet banking lagi. Sama jugak 2012, 5 kali je aku bayar dan akhir tahun baki tinggal RM12,919.54. October 2012, aku da start kerja. Tiga bulan pertama aku bayar RM500. Bulan-bulan seterusnya aku bayar RM200. Masa ni dah syok ada duit. Tak ingat yang hutang ada beribu lagi. Orang patut bayar hutang yang banyak bagi cepat abes. Ni belanja yang banyak.  Jangan ikut macam aku. Bayar banyak takpe. Ko akan pendek kan masa bayar, interest pun kurang.

Jadinya, akhir 2013, berbaki lagi RM9,231.44. Ini termasuk pengurangan 10% kalau kau bayar konsisten tiap-tiap 12 bulan ikut jadual yang PTPTN bagi. Yang ni berdasarkan budget 2013, yang diorang giat jalankan promo suruh orang bayar PTPTN.  Percayalah, kau memang akan rasa lega sangat bila nampak pengurangan pada penyata bayaran kau. Tahun 2014, aku masih kekal bayar RM200 tiap-tiap bulan dan dapat lagi 10% diskaun. Baki 2014, RM6,794.71. Dalam budget 2015 pun masih ada tawaran 10% & 20% tu.

Kalau ikut plan aku yang bayar RM200 tiap-tiap bulan, aku akan habis bayar pada September 2017. Dan akan dapat lagi 10% diskaun tu untuk tahun 2015.  Dalam 31 bulan. 2017 aku umur 31 tahun. Tak kan umur da 30 tahun masih hutang PTPTN kan? Tu belum hutang lain lagi. Yang ada sekarang hutang kereta. Rumah belum lagi. Maknanya, aku ambik masa 9 tahun nak settlekan. Pheww..lama tu.

Jadi awal tahun 2015, aku rombak balik yearly budget untuk hutang-hutang yang aku tanggung. Kalau ikut perkiraan kasar aku, RM200 bagi tempoh Jan2015-Nov2015 & RM1000 Dec2015(dengan harapan ada bonus), hutang aku akan tinggal RM3,612.52 by end of 2015. Jan2016-Nov2016, RM300 monthly followed by final settlement of RM312.52 on Dec2016 akan menjadikan aku bebas PTPTN by 2016. A year earlier than expected! 2016 aku boleh bayar lebih sebab adik bongsu aku dah abes sekolah. Budget untuk dia dah boleh tarik pergi bayar PTPTN.

Tapi, aku jumpa pulak satu lagi peluang untuk settlekan PTPTN ni lebih awal dari 2016! Macam mana? Dengan keluarkan duit dari Akaun 2 KWSP. Masing-masing kerja mesti ada KWSP kan? So, aku pun google nak cari info. Boleh pergi ke laman web KWSP untuk dapatkan syarat bagi pengeluaran pendidikan.  Bagi yang nak buat full settlement dengan KWSP, syarat dia, baki akaun 2 MESTI cukup untuk menampung jumlah keseluruhan baki. Boleh check online melalui i-akaun. Bila dah confirm baki mencukupi, korang kena melalui beberapa proses permohonan. Alhamdulillah, aku punya baki cukup untuk bayar dan ada sikit lagi saving.

Korang kena kemukakan permohonan kepada KWSP selewat-lewatnya 28 Februari 2015. Sebab KWSP akan ambik masa sikit untuk proses permohonan tu. Permohonan boleh dilakukan di mana-mana cawangan KWSP. Dokumen yang perlu:

1) Salian perjanjian asal pinjaman dengan institusi yang memberi pinjaman (PTPTN)
2) Penyata pengesahan baki pinjaman (bertarikh tidak lebih 3 bulan-PTPTN)
3) Borang KWSP 9H(AHL)- borang ni boleh mintak masa dekat kaunter KWSP. Kena isi pakai pen hitam. Pen KWSP ada sediakan dekat tempat isi borang. Elok tak elok nasib la kan.

Bagi item no. 1, kalau salinan perjanjian tu dah takda macam aku, kena la mohon dekat PTPTN beserta bayaran RM90. Bukan murah ye. Boleh buat postal order atau datang sendiri ke cawangan PTPTN untuk hantar borang&bayar cash. Even korang berurusan dekat cawangan pun, perjanjian tu tak dapat on the spot. Ambik masa 7 hari bekerja untuk diorang proses. So, bagi aku buat postal order dekat pejabat pos jimat lagi. Tak yah fikir pasal parking la, nak ambik cuti la. time lunch break boleh buat.  Borang no. 20.

Bagi  item no. 2, korang boleh dapat dengan memohon kepada PTPTN. Borang no. 14. Korang boleh fax atau pos. PTPTN akan hantar melalui courier ke alamat yang korang dah bagi. Pengalaman aku, in a week time. Agak pantas dan harus diberi pujian.

Bila semua dokumen dah lengkap, boleh la korang g KWSP untuk urusan permohonan. Sekarang, aku tengah tunggu salinan perjanjian. Katanya, by next week diorang pos. Hopefully boleh settle dengan KWSP sebelum tawaran 20% tu lupus.

Aku dah pergi KWSP. masa tu aku bawak salinan perjanjian ujrah. Dia cakap tak valid. Alasan dia sebab dah 1%, dah murah dah. LOL. Aku kebetulan ada kawan kerja KWSP. Dia cakap boleh buat settlement, dengan syarat bawak salinan asal perjanjian yang tahun 2005 tu. Aku takda kan, so kena la bayar RM90. Hopefully, dapat la aku putuskan hubungan dengan PTPTN soon!





No comments: