Friday, July 25, 2014

Nak balik kampung dah oii


Hari ni Alhamdulillah, dah 25 hari Ramadhan. Ramadhan dah nak balik. Tahun depan belum tentu Ramadhan milik kita. Nak balik kampung. Yesss!!! Esok awal-awal pagi bertolak dari Bangi. Will take about 6 hours. Hopefully, selamatlah perjalanan, takda rintangan etc. Ni baru je siap tulis list barang nak bawak balik. Tulis-tulis sekali teringat hair dryer dah rosak! Nak kena g KLCC la ni beli kejap. Dah la mintak boss balik awal sejam hari ni. Provided aku skip lunch break. Barang tak kemas lagi ni.. Duit raya insyaAllah dah ready. Tahun ni ada rezeki lebih, boleh dipanjangkan rezeki ke pak guard, orang jaga parking. Alhamdulillah. Oh, makcik cleaner dengan mak cik kat cafe bawah pon dapat. Happy je diorang. Suka aku tengok diorang happy macam tu. Thats the least I can do to help them kan..

Al-kisah ingat tak nak tukar duit raya. Tak kena kira, aku tukar jugak la. Tukar dekat KFH. Tapi xda sampul ye, dah abes. Lambat sangat. Hari Rabu hari tu baru sebok g tukar. Memang xda la. Nasib kawan sekolah dulu ada keje kat bank, Shairazi. Dia la yang bagi. Siap datang opis lagi. Tahun lepas pun mintak dengan dia.. Mintak-mintak tahun depan dia sponsor lagi. Tengok, bagi bets nak peha! Hahaha..

Tahun ni baju raya ada selai, by yours truly. Kale pink plak tu. Sat nak tunjuk..
Ha ni la dia, kurung moden yang lama gile aku nak siapkan. Iolls is busy you know. Banyak sangat alasan kann.. Jadi la, dari takda. 

Mood keje dah kelaut dah ni. Tak rasa nak keje. Ingat nak balik je. Tak senonoh!! List barang sikit je. Nanti tengok la time masuk barang dalam keta. Confirm penuh! 

Cepatlah pukul 2!

Tuesday, July 01, 2014

Mixed

Lama tak luangkan masa dekat sini. Kepala lately ada rasa sakit sikit2.. Rasa berat je dekat tempat yang bedah tu. Hopefully xda pape la. Oh, selamat menyambut Ramadhan. Dah selamat hari ke-3 dah pun.. Again, tahun ni buat kali ke-15 aku puasa jauh dari ibu abah. Dah biasa, tapi tahun ni macam terlebih shahdu sikit. Buang tebiat ape aku ni? Belum puasa aku dah sebok dengar lagu raya. Hahaha.. Semangat terlebih..

Oh, aku berjaya capai satu pencapaian dalam hidup. Beli kereta. Even hutang beribu dengan bank, tapi aku rasa aku puas hati dengan ape yang aku beli. Alhamdulillah, rezeki kereta datang awal dari rumah.
Oh, esok PED ada owner baru. Tadi bawak g tuition, seduh rasa nak lepaskan kat owner baru. Tapi nak buat cam mana. Aku mana mampu lagi nak handle 2 kereta. Satu pun dah tercungap-cungap. Kang abes nyawa plak kang kalau 2! Aku harap owner baru akan sayang PED macam aku sayang dia.. Bye PED.

Saturday, April 26, 2014

Slim Code, Kajang

Today, I had so much fun at Slim Code, Kajang. Quinnie, my consultant been sweet enough to invite me for their Mother's Day Celebration Event. I had proper make up put on and a free photoshoot!!! Amazing experience! Secretly, I've been dreaming to be a model! Hehehe... Here, some photos taken..
The decoration and welcome gifts( free rose and 2 bottle of serum!) imma happy girl!
Having fun with this bunch of girls.. Free hand treatment, photoshoot and make-up! Foods of course!
That's Quinnie in white cardigan.

Thanks God for this beautiful relationship. Even though it just started. Feels like I know them for years!!

This is me! I can't believe it! I'm a model for a day or is it half day? 

For those who are looking for a facial+massage treatment, please do not hesitate to try this centre. Located at Jalan Haroun, Kajang town. You won't regret with their excellent service!!! Highly recommended! 




Thursday, March 27, 2014

Entry bergambar

Da boleh masuk kan gambar dekat blog. Abes la lepas ni penuh entry dengan gambar2... Tehehehehehhe...

The chronicles

Ni la gambar chronicles surgery. Aku mula pun takut nak tengok. La ni baru tengok. Panjang jugak lipan atas kepala tu.. Dr tak cukur botak kepala aku. Dia cukur separuh. So, boleh la tutup bekas luka tu.. Hari2 aku bagitau diri sendiri, ni ujian untuk aku. Tak kisah la macam mana pun, yang penting Allah sayangkan aku. Aku masih boleh bernafas lagi. Boleh kerja lagi. Alhamdulillah.. Ape lagi yang aku nak kan? Bersyukur je dengan ape yang ada. Sikit, kita buat cara sikit. Banyak, kita buat cara sikit sebab belum tentu yang banyak tu milik kita semuanya.. Semoga aku terus menjadi manusia yang bersyukur..

Tuesday, March 25, 2014

Balik kampung

Balik kampung. Rehat sekejap. Tapi naik darah je menjerit dekat budak2aka anak2 buah. Maaf, aku bukan seorang yang suka budak2. Tak kira la anak sape. Cakap sekali tak dengar,memang aku jeritkan aje. Tak pun kelepek sekali. Tu memang aku. Mak2 nak terasa aku peduli ape. Dah anaknye tak nak dengor. Ah, aku memang allergic dengan budak. Mungkin sebab tu jugak Allah belum jumpakan jodoh aku...

Ntah, balik kali ni macam sayu terlebih sikit. Aku banyak diam. Mungkin sakit kepala sebab cuaca panas sangat? Mungkin sebab cuti pendek sangat? Aku tak sempat nak cucikan esbox ibu. Segala mak nenek ada dalam tu. Naik rimas aku tiap kali bukak.

Mersing, air kena catu. Merasa la mandi berkemban kat luar belakang rumah. Abah tadah air dalam tong dram, jimat2 mandi nak cukupkan sampai air on balik.

Bulan depan nak balik lagi, weekend. Dapat sehari dua pun jadi la dari tak balik. Kan2? Ibu abah pun bukan nak muda lagi. Dah la aku tak membesar kat rumah. Kurang masa akau dengan diorang berbanding adik beradik lain. Mungkin sebab tu aku terasa lebih bila aku sakit diorang nak balik cepat2. Bukannye ada ayam itik kat kampung tu. Tapi ada la rumah diorang..

Penat drive tadi tak hilang lagi ni. Gilir2 drive dengan najwa. Memang aku nampak macam dah sihat. Tapi kadang sakit jugak. Tapi malas nak layan. Dah memang sakit, nak buat macam mana. Aku makan ubat, xmiss lagi dah. Nak baik cepatkan.

Ok, nak kena iron baju. Esok kerja. Nak kena bangun awal lagi.. Tu la lumrah nak cari sesuap nasi...

Monday, March 17, 2014

Back to work

Started working on 1st March. Yahoo.. No longer stay at home. Hopefully can shed more pounds... Missing you my dear blog!

Tuesday, February 25, 2014

Itchy

Today, the scar feels a bit itchy...
I scratch it slowly, just enough to counter the itchiness back...
But it keeps coming back

Monday, February 24, 2014

The review

From the scan images, Dr. Chee said it's the residual of the tumor build up around the wall make it looks like it relapse. Pheww.. I'm relieve to hear this. Further treatment can be delay as it might subside. Cyber knife can be done but it's not urgent. So, me and my partner decided to delay it as I just completed one major brain surgery last December. Plus the words from my Dr.

I'm now busy with weight lost programme cater to myself by yours truly. I can only do brisk walk as other sports are not recommended by Dr. Chee. So, evey morning after drop off my sister at komuter station, I'll go for a morning walk at UKM stadium. 3-4 rounds each day. In the evening, I'll go for another brisk walk for 4-5 rounds. Guess, I've accumulated enough fat for the past 3 months. I need to shed some pounds. I can barely fit into my working attire. I'm not gonna buy new attire! Hello running shoes!

Thursday, February 13, 2014