Tuesday, January 14, 2014

Tewas #2

Sendirian,
Di hadapan makan malam,
Aku tewas lagi
dengan perasaan.

Sape mahu kelihatan tidak menarik?
Besar, gemuk..
Sudah cukup aku disogokkan, dimomokkan
Dengan kata2..eh,ko tau tak ko makin gemuk?
Ada tak ko cermin diri kau kat cermin? Makin gemuk aku tengok.

Tidak cukupkah penderitaan yang aku alami?
Di mana peri kemanusian?
Tidak kah ada sekelumit kasihan?
Hayat ku bukan seribu tahun,
Kenapa tidak diberi kesempatan?

Bukan menidakkan kebenaran,
Cuma mahu pengertian,
Cacilah, hinalah aku saat jasad dikandung badan,
Usai becerai, usah ditangisi, diratapi...

No comments: